Sejarah Beranang
Lokasi
Mukim Beranang
terletak di daerah Hulu Langat, negeri Selangor. Mukim ini
bersebelahan dengan Mukim Semenyih dan Daerah Sepang. Di
utaranya ialah Semenyih dan di selatannya ialah Mantin, Negeri
Sembilan.

Muka bumi
Muka bumi Beranang tidaklah begitu tinggi.
Bukit yang terdapat di sini ialah :
* Bukit Tempurung 401
kaki
* Bukit Buluh 401 kaki
* Bukit Ulu Beranang 2654 kaki
Sungai
Terdapat beberapa sungai di Beranang. Sungai
Beranang merupakan ranting Sungai Semenyih. Antara sungai yang
terdapat di sini ialah :
* Sungai Beranang
* Sungai Tarun
* Sungai Beroga
* Sungai Jai
* Sungai Lumut
* Sungai Balau
Kebanyakan punca sungai-sungai ini ialah
kawasan Bukit Ulu Beranang. Biasanya sungai menjadi sempadan
antara negeri. Tetapi apabila pertikaian berlaku akibat
'perebutan Semenyih dan Beranang' , kajian pemetaan semula
telah dibuat. Pihak juru ukur telah mengambil point dari Bukit
Ulu Beranang ke Kampung Jalan Enam Kaki , Beranang sebagai
sempadan. Dari Kampung Jalan Enam Kaki melintang ke ke Barat
menuju point Ladang Bukit Tunggul.
Masjid
Masjid utama di Beranang ialah masjid Raja
Alang yang terletak tengah-tengah pekan Beranang.
Asal-usul
Beranang mendapat nama dari loghat Negeri
Sembilan yang bermaksud 'berenang'. Enam sahabat yang diketuai
oleh Tok Batin Lidah hitam terpaksa berenang di sebuah sungai
yang cetek untuk ke seberang sungai. Malangnya sungai yang
disangka cetek , rupa-rupanya dalam dan arusnya deras . Setelah
Tok Batin Lidah Hitam melepasi Sungai Beranang, air sungai
tersebut kering atau cetek. Penduduk sekitarnya tidaklah perlu
berenang lagi dan mengucapkan terima kasih kepada Tok Batin
Lidah Hitam.
Sejarah awal
Beranang betul-betul terletak di atas sempadan
negeri Selangor dan negeri Sembilan. Sebahagian Ulu Beranang
termasuk dalam negeri Sembilan. Beranang dan Semenyih pada
suatu ketika dimiliki dan ditadbir oleh Dato' Kelana Sungai
Ujong . Dato' Kelana Sungai Ujong mentadbir jajahan Lukut
kawasan di negeri Sembilan. Pada tahun 1883, kerajaan Selangor
telah mengambil Mukim Beranang. Sebelum itu telah wujud
beberapa pertikaian antara Dato Kelana Sungai ujong dan Datok
Kelana Sendeng. Permasalahan sempadan Semenyih dan Beranang
wujud berikutan sempadan yang mengelirukan. Dalam satu surat,
pertikaian ini berlaku kerana penggunaan kompas yang tidak
betul dan kawasan hutan tidak diukur dengan jelas.
Sempadan Pilihanraya
Sejak pilihan raya tahun 1955 hingga 1990,
Beranang termasuk dalam Dewan Undangan Negeri Selangor Kawasan
Semenyih. DUN Semenyih meliputi tiga mukim iaitu mukim
Semenyih, mukim Hulu Semenyih dan
mukim Beranang. Tapi persempadanan semula
kawasan pilihan raya 1999, DUN Semenyih telah dinamakan DUN
Beranang kerana penduduk Beranang lebih ramai dari penduduk
Semenyih . Ini berikutan dari wujudnya Bandar Rinching,
Bandar Tasik Kesuma dan lain-lain. Namun pada
pilihanraya Mac 2004, persempadanan ditukar kembali kepada DUN
Semenyih. DUN Semenyih terletak di bawah kawasan Parlimen Hulu
Langat bersama DUN Dusun Tua dan DUN Kajang.
Sumber : Wikipidea
KETURUNAN
Di Beranang, majoriti penduduknya berketurunan
minang, maka mereka masih berpegang kuat terhadap kebudayaan
tersebut. Kebanyakan rumah - rumah kampungnya masih
mengekalkan tradisi minangkabaunya. Berikut ialah gambar-gambar
rumah penduduk yang masih mengekalkan tradisi mereka. Walaupun
terdapat rumah yang dibina bercirikan kemodenan, namun mereka
masih mengekalkan tradisi mereka seperti ciri-ciri atap,
tangga dan juga reka bentuk rumah tersebut.
Di Beranang ini juga mereka masih memainkan
alatan tradisional minang iaitu Cak Lempong. Di
Kg. Sesapan Batu Minangkabau terdapat
kumpulan yang masih memainkan alatan muzik ini terutama
semasa majlis perkahwinan. Lagu-lagu yang dimainkan
melalui alat muzik ini merupakan lagu minangkabau yang
begitu digemari ramai. Mereka yang juga terdiri daripada
golongan belia memainkan alat muzik ini dengan diiringi
tarian piring oleh golongan beliawanis. Mereka juga sering
mendapat jemputan untuk majlis korporat, majlis perasmian
dan pelbagai undangan lain. Selain itu, terdapat beberapa
buah kampung di Beranang ini yang menubuhkan kumpulan
kompang bagi kampung masing-masing yang dipelopori oleh
belia dan juga beliawanis. Mereka juga sering menerima
undangan untuk majlis perkahwinan yang diadakan oleh
penduduk di Beranang dan juga kawasan berhampiran.
Sumber : http://beranang.idesa.net.my
|