Bandar Tasik Kesuma

    ...bandar pinggiran tasik

   
Menu Utama         

 

 

 

 

 

Sejarah Kajang, Semenyih & Beranang

Sejarah merupakan elemen penting untuk kita memahami asal-usul sesuatu perkara. Memandangkan ketiga-tiga tempat ini berjiran antara satu sama lain maka terdapat beberapa persamaan.


  • Sejarah Kajang
    Kajang dan kawasan sekitarnya merupakan sebuah mukim yang terletak di dalam Daerah Hulu Langat di negeri Selangor. Ia terletak lebih kurang 14 batu di sebelah Tenggara Kuala Lumpur. Dari Kuala Lumpur, Kajang dihubungi melalui jalan raya dan jalan keretapi. Kajang juga dapat dihubungkan dengan Putrajaya, Pusat Pentadbiran Negara dan Cyber Jaya Bandar Multimedia negara. Di sebelah Baratnya pula terletak bandar Puchong, Batu 3 dan Klang. Pada dasarnya Kajang terdiri dari beberapa penempatan Melayu, China dan India.
  • Sejarah Semenyih
    Semenyih ialah sebuah pekan di Selangor, Malaysia, kira-kira 8 km ke arah tenggara Kajang di sepanjang jalan Kajang-Seremban. Pekan ini mempunyai nama yang sama dengan Sungai Semenyih iaitu sungai utama yang mengalir berdekatan dengan pekan Semenyih.
  • Sejarah Beranang
    Mukim Beranang terletak di daerah Hulu Langat, negeri Selangor. Mukim ini bersebelahan dengan Mukim Semenyih dan Daerah Sepang. Di utaranya ialah Semenyih dan di selatannya ialah Mantin, Negeri Sembilan.

 

 

bendera malaysia