Sejarah Beranang

Lokasi
Mukim Beranang terletak di daerah Hulu Langat, negeri Selangor. Mukim ini
bersebelahan dengan Mukim Semenyih dan Daerah Sepang. Di utaranya ialah Semenyih dan di selatannya ialah Mantin,
Negeri Sembilan.
Muka bumi
Muka bumi Beranang tidaklah begitu tinggi. Bukit yang terdapat di sini ialah :
* Bukit Tempurung - 401 kaki
* Bukit Buluh - 401 kaki
* Bukit Ulu Beranang - 2654 kaki
Sungai
Terdapat beberapa sungai di Beranang. Sungai Beranang merupakan ranting Sungai Semenyih. Antara
sungai yang terdapat di sini ialah :
* Sungai Beranang
* Sungai Tarun
* Sungai Beroga
* Sungai Jai
* Sungai Lumut
* Sungai Balau
Kebanyakan punca sungai-sungai ini ialah kawasan Bukit Ulu Beranang. Biasanya sungai menjadi
sempadan antara negeri. Tetapi apabila pertikaian berlaku akibat 'perebutan Semenyih dan Beranang' , kajian
pemetaan semula telah dibuat. Pihak juru ukur telah mengambil point dari Bukit Ulu Beranang ke Kampung Jalan Enam
Kaki , Beranang sebagai sempadan. Dari Kampung Jalan Enam Kaki melintang ke ke Barat menuju point Ladang Bukit
Tunggul.
Masjid Beranang
Masjid utama di Beranang ialah masjid Raja Alang yang terletak
tengah-tengah pekan Beranang.
Asal-usul
Beranang mendapat nama dari loghat Negeri Sembilan yang bermaksud 'berenang'. Enam sahabat yang
diketuai oleh Tok Batin Lidah hitam terpaksa berenang di sebuah sungai yang cetek untuk ke seberang sungai.
Malangnya sungai yang disangka cetek , rupa-rupanya dalam dan arusnya deras . Setelah Tok Batin Lidah Hitam
melepasi Sungai Beranang, air sungai tersebut kering atau cetek. Penduduk sekitarnya tidaklah perlu berenang lagi
dan mengucapkan terima kasih kepada Tok Batin Lidah Hitam.Masjid Beranang
Sejarah awal
Beranang betul-betul terletak di atas sempadan negeri Selangor dan negeri Sembilan. Sebahagian
Ulu Beranang termasuk dalam negeri Sembilan. Beranang dan Semenyih pada suatu ketika dimiliki dan ditadbir oleh
Dato' Kelana Sungai Ujong . Dato' Kelana Sungai Ujong mentadbir jajahan Lukut kawasan di negeri Sembilan. Pada
tahun 1883, kerajaan Selangor telah mengambil Mukim Beranang. Sebelum itu telah wujud beberapa pertikaian antara
Dato Kelana Sungai ujong dan Datok Kelana Sendeng. Permasalahan sempadan Semenyih dan Beranang wujud berikutan
sempadan yang mengelirukan. Dalam satu surat, pertikaian ini berlaku kerana penggunaan kompas yang tidak betul dan
kawasan hutan tidak diukur dengan jelas.
Sempadan Pilihanraya
Sejak pilihan raya tahun 1955 hingga 1990, Beranang termasuk dalam Dewan Undangan Negeri
Selangor Kawasan Semenyih. DUN Semenyih meliputi tiga mukim iaitu mukim Semenyih, mukim Hulu Semenyih dan mukim
Beranang. Tapi persempadanan semula kawasan pilihan raya 1999, DUN Semenyih telah dinamakan DUN Beranang kerana
penduduk Beranang lebih ramai dari penduduk Semenyih . Ini berikutan dari wujudnya Bandar Rinching, Bandar Tasik
Kesuma dan lain-lain. Namun pada pilihanraya Mac 2004, persempadanan ditukar kembali kepada DUN Semenyih. DUN
Semenyih terletak di bawah kawasan Parlimen Hulu Langat bersama DUN Dusun Tua dan DUN Kajang.
Sumber : Wikipidea
KETURUNAN
Di Beranang, majoriti penduduknya berketurunan minang, maka mereka
masih berpegang kuat terhadap kebudayaan tersebut. Kebanyakan rumah - rumah kampungnya masih mengekalkan
tradisi minangkabaunya. Berikut ialah gambar-gambar rumah penduduk yang masih mengekalkan tradisi mereka.
Walaupun terdapat rumah yang dibina bercirikan kemodenan, namun mereka masih mengekalkan tradisi mereka
seperti ciri-ciri atap, tangga dan juga reka bentuk rumah tersebut.
Di Beranang ini juga mereka masih memainkan alatan tradisional minang
Rumah Minangkabauiaitu Cak Lempong. Di Kg. Sesapan Batu Minangkabau terdapat kumpulan yang masih memainkan
alatan muzik ini terutama semasa majlis perkahwinan. Lagu-lagu yang dimainkan melalui alat muzik ini merupakan
lagu minangkabau yang begitu digemari ramai. Mereka yang juga terdiri daripada golongan belia memainkan alat
muzik ini dengan diiringi tarian piring oleh golongan beliawanis. Mereka juga sering mendapat jemputan untuk
majlis korporat, majlis perasmian dan pelbagai undangan lain. Selain itu, terdapat beberapa buah kampung di
Beranang ini yang menubuhkan kumpulan kompang bagi kampung masing-masing yang dipelopori oleh belia dan juga
beliawanis. Mereka juga sering menerima undangan untuk majlis perkahwinan yang diadakan oleh penduduk di
Beranang dan juga kawasan berhampiran.
Sumber : http://beranang.idesa.net.my
|