Bandar Tasik Kesuma

    ...bandar pinggiran tasik

   
Menu Utama         

 

 

 

 

 

Custom Search  

Pelangi Semenyih

Kawasan perumahan ini adalah berjiran dengan Bandar Tasik Kesuma dan terletak hanya 2km dari pintu masuk utama Bandar Tasik Kesuma.

pelangi semenyih landmark

Berjiran dengan Taman Pelangi Semenyih terdapat sebuah kem Pasukan Gerakan Am yang baru dibuka pada tahun 2010. Kem ini merupakan perkampungan PGA untuk batalion ke-4 yang dipindahkan dari kem PGA Cheras. Kem ini lebih sempurna berbanding Cheras kerana keluasannya dan infrastrukturnya bersesuaian dengan identiti PGA. Pasukan Gerakan Am dahulunya dikenali sebagai Pasukan Polis Hutan.

Pelangi Semenyih - Kem Pasukan Gerakan Am

Dengan terbinanya kem PGA di Pelangi Semenyih akan memudahkan juga penduduk sekitarnya menunaikan solat Jumaat di masjid baru yang dikendalikan oleh PGA.

Pelangi Semenyih - Kem Pasukan Gerakan Am


 

Sebuah restoran makanan segera berkembar iaitu Pizza Hut dan KFC telah pun beroperasi sepenuhnya. Lokasi restoran yang terletak di persimpangan lampu isyarat Pelangi Semenyih memudahkan pelanggan singgah sebentar bersama keluarga. Restoran ini juga mempunyai taman permainan mini buat kanak-kanak melepaskan geram bermain sambil ibubapa bersantai menjamu selera.

Pelangi Semenyih Pizza & KFC 

Bagi mereka yang menggemari nasi ayam bolehlah mencuba rangkaian Nasi Ayam Gemas yang menyajikan resepi istimewa nasi ayam.

Pelangi Semenyih Tesco

Pada awal tahun 2009 pasaraya Tesco telah dibuka di taman ini dan menjadikan kawasan sekitarnya bertambah meriah dengan kehadiran pengunjung dari luar Semenyih dan Beranang.

Pelangi Semenyih Tesco

 

 

bendera malaysia