Fasa 7, Bandar Tasik Kesuma
Fasa 7
terletak disebelah kanan BTK dari persimpangan lampu isyarat
berhampiran Kolej Kemahiran Tinggi MARA. Anda akan melalui
kawasan pusat perniagaan yang terdiri dari beberapa blok
setinggi 3 tingkat disebelah kanan anda dan disebelah kiri anda
pula adalah Kolej Kemahiran Tinggi MARA yang sedang dibina.

Disebelah kiri berjiran dengan Kolej Kemahiran Tinggi MARA
adalah Fasa 6, manakala Fasa 5 terletak di tengah-tengah
kawasan perindustrian kecil. Fasa 7 terletak dibahagian dalam,
lebih kurang 1km dari Kolej Kemahiran Tinggi MARA.
Kawasan perumahan ini terdiri dari rumah
setingkat dan 2 tingkat yang lebih dikenali sebagai Fasa 7A dan
Fasa 7B. Kawasan ini dibawah pentadbiran Rukun
Tetangga.


Surau Al-Fateh
Terdapat sebuah surau di sini dengan warna hijau
sebagai warna asas dan diberi nama Surau Al-Fateh,
terletak di tengah-tengah padang permainan kanak-kanak. Sebelum
kewujudan surau ini, penduduk mengerjakan solat berjemaah dan
menjalankan aktivit-aktiviti beribadah di sebuah rumah 1
tingkat yang disewa.

Kini 2 buah blok kedai telah dibina di kawasan Fasa 7. Buat
masa ini sebuah kedai runcit, kedai basikal, kedai motorsikal,
kedai memproses ayam, restoran dan siber kafe telah
dibuka. Mengikut perancangan pemaju, sebuah stesen minyak akan
dibina disebelah deretan kedai ini di masa akan
datang. Laluan masuk ke Fasa 7 ini juga akan dihubungkan
ke Lebuhraya KASEH mengikut perancangan pihak pemaju.
Sukarelawan
Ronda
Berhampiran dengan Surau Al-Fateh, terdapat
sebuah kabin yang digunakan oleh Sukarelawan
Ronda sebagai tapak operasi rondaan malam.
Aktiviti yang kini telahpun memasuki tahun ke-5 masih lagi
bertahan berkat kesungguhan masyarakat di sini menjaga
keselamatan penduduk khususnya di sebelah malam dari
serangan perompak. Rondaan keselamatan disebelah malam 7
hari seminggu dan setiap anggota melakukan tugas rondaan
setiap minggu. Sampai bilakah mereka mampu bertahan? Tak
dapat dipastikan sampai bila tetapi belum ada lagi
terdengar suara-suara yang mahukan aktiviti ini
dihentikan. Sila layari laman Web Sukarelawan Ronda. Mungkin anda kenal
mereka.

|