Fasa 8 Bandar Tasik Kesuma

Fasa 8 Bandar Tasik Kesuma antara fasa yang mempunyai bilangan rumah yang sedikit berbanding
fasa-fasa lain. Kawasan ini juga agak sukar dikenalpasti kerana ianya agak sedikit tersorok. Begitu juga dengan
jalan masuknya juga agak mengelirukan. Walaupun begitu berpandukan kepada alamat jalan, anda mungkin dapat mengagak
yang anda pada ketika itu berada di dalam fasa ini.

Fasa 8 Bandar Tasik Kesuma mudah diakses sekiranya anda memasuki pintu masuk utama dan bergerak
terus sehingga tiba di selekoh "L" dan membelok ke kanan. Disebelah kanan anda adalah Fasa 8.

Terdapat juga beberapa blok baru yang telah pun siap dibina dan kini mula duduki oleh
penduduk.



Jelas sekali kelebihan yang ada pada Bandar Tasik Kesuma ialah terdapatnya surau, hampir pada
setiap fasa yang ada.
|