Bandar Tasik Kesuma

Info Bandar Tasik Kesuma merangkumi kawasan perumahan, institusi pendidikan, Rukun Tetangga, Persatuan Penduduk, Skim Rondaan Sukarela dan Surau. Paparan sejarah Kajang dan Beranang antara sisipan umum di laman Web Bandar Tasik Kesuma.

 
income pasif 

Fasa 2, Bandar Tasik Kesuma

Merupakan pusat perniagaan utama di Bandar Tasik Kesuma dengan deretan kedai runcit, restoran, klinik, pusat servis kenderaan dan sebagainya.

Ianya terletak berhadapan dengan jalan utama Kajang-Seremban dan bersebelahan dengan MARA Japan Industrial Institute. Masih terdapat beberapa blok yang masih belum dibuka.

 kedai fasa 2 bandar tasik kesuma

Meninjau lebih dekat berkenaan fasa ini, kelihatan pejabat jualan pemaju Agenda Istimewa yang menghuni sebahagian dari ruang kedai yang menghadap jalan masuk utama ke fasa ini. 

Beberapa buah klinik telah beroperasi seperti Poliklinik Dinamik, Poliklinik Damai (24 jam) dan Poliklinik An-nisa. Klinik-klinik ini menawarkan khidmat check-up kepada pembantu rumah begitu juga kepada pekerja asing.

Bandar Tasik Kesuma - Fasa 2

Terdapat juga rangkaian restoran masakan ala-Thai seperti restoran Barakat restoran Ar-Rahman, restoran Sathik. Kedai 24-jam 7-Eleven juga telah mula beroperasi sejak tahun 2011 dan kini telah pula dibuka sebuah kedai Speedmart99 berslogankan "Dekat Lagi Murah".

 bandar tasik kesuma business centre

Pada waktu kenyataan ini ditulis, terdapat 3 buah kedai dobi tersedia di sini menawarkan kadar bayaran yang berpatutan.