Berita Bandar Tasik Kesuma
Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2009
Tarikh : 15 Mac 09 (
Ahad )
Tempat : Masjid Raja Alang, Pekan
Beranang
Masa : 6.00
petang
Tarikh : 22 Mac 09 (
Ahad )
Tempat : Surau Al Fateh, Fasa 7,
Bandar Tasik Kesuma
Masa : 8.00
pagi
Semua Muslimin & Muslimat adalah dengan ini di
jemput hadir.
Tanah Perkuburan
Tanah Perkuburan Islam Bandar Tasik Kesuma kini dalam
proses pelaksanaan pembangunan. Bayaran sumbangan ikhlas
sebanyak RM12 setahun dari penduduk Islam BTK boleh
disalurkan kepada :
d/a Surau
Al-Kauthar, Fasa3,
Jalan Kesuma 7/13, Fasa 3C,
Bandar Tasik Kesuma,
43700 Beranang,
Selangor Darul Ehsan.
Dengan adanya tanah perkuburan didalam kawasan BTK ini,
maka secara langsung ianya memudahkan urusan pengkebumian
dan memudahkan ahli keluarga menziarahi pusara mereka yang
tersayang.
Sumbangan Dana Pembinaan Masjid Bandar Tasik
Kesuma
Cadangan pembinaan masjid Bandar Tasik Kesuma adalah
merupakan usaha Ahli Jawatankuasa Pembinaan Masjid untuk
membina dan menyediakan sebuah masjid yang dapat memberikan
kemudahan dan keselesaan kepada penduduk Bandar Tasik
Kesuma dan sekitarnya. Dianggarkan kos bagi kerja-kerja
awal sebanyak RM50,000 dan kos ini mungkin akan
meningkat.
Selaras dengan tujuan murni tersebut, diharap semua
masyarakat Islam khususnya penduduk Bandar Tasik Kesuma,
penduduk sekitar, badan korporat, persatuan dan juga pihak
kerajaan agar dapat tampil menghulurkan sumbangan bagi
menampung kos peringkat awal dan kos pembinaan masjid
tersebut. Sumbangan boleh disalurkan melalui :
- bank-in ke akaun Bank Muamalat atas nama
Tabung Pembinaan Masjid Bandar Tasik
Kesuma (nombor akaun 1207 0005 4987
16) atau
- melalui cek atas nama Tabung Pembinaan
Masjid Bandar Tasik Kesuma atau
- serahan tunai.
Sila muat-turun
Borang Sumbangan Masjid BTK untuk mendapatkan maklumat
bagaimana wang tunai atau cek dapat diserahkan.
|