Bandar Tasik Kesuma

    ...bandar pinggiran tasik

   
Menu Utama         

 

 

 

 

 

Berita Bandar Tasik Kesuma


Tanah Perkuburan

Bayaran sumbangan ikhlas sebanyak RM12 setahun dari penduduk Islam BTK boleh disalurkan kepada :

d/a Surau Al-Kauthar, Fasa3,
Jalan Kesuma 7/13, Fasa 3C,
Bandar Tasik Kesuma,
43700 Beranang,
Selangor Darul Ehsan.

Dengan adanya tanah perkuburan didalam kawasan BTK ini, maka secara langsung ianya memudahkan urusan pengkebumian dan memudahkan ahli keluarga menziarahi pusara mereka yang tersayang.


Sumbangan Dana Pembinaan Masjid Bandar Tasik Kesuma

Cadangan pembinaan masjid Bandar Tasik Kesuma adalah merupakan usaha Ahli Jawatankuasa Pembinaan Masjid untuk membina dan menyediakan sebuah masjid yang dapat memberikan kemudahan dan keselesaan kepada penduduk Bandar Tasik Kesuma dan sekitarnya. Dianggarkan kos bagi kerja-kerja awal sebanyak RM50,000 dan kos ini mungkin akan meningkat.

Selaras dengan tujuan murni tersebut, diharap semua masyarakat Islam khususnya penduduk Bandar Tasik Kesuma, penduduk sekitar, badan korporat, persatuan dan juga pihak kerajaan agar dapat tampil menghulurkan sumbangan bagi menampung kos peringkat awal dan kos pembinaan masjid tersebut. Sumbangan boleh disalurkan melalui :

  • bank-in ke akaun Bank Muamalat atas nama Tabung Pembinaan Masjid Bandar Tasik Kesuma (nombor akaun 1207 0005 4987 16) atau
  • melalui cek atas nama Tabung Pembinaan Masjid Bandar Tasik Kesuma atau
  • serahan tunai.

Sila muat-turun Borang Sumbangan Masjid BTK untuk mendapatkan maklumat bagaimana wang tunai atau cek dapat diserahkan.

bendera malaysia